top of page
Marilah kami belajar  ciri-ciri bentuk tiga dimensi dengan menyayikan lagu bongkah

Cara Mudah untuk mengenal bentuk dan sifar-sifar tiga dimensi.

Jika murid sudah hafal lirik lagu, bolehlah mereka menyayi lagu sambil  menunjukkan bahasa isyarat.

Dengan ini dapat menimbulkan minat murid dalam belajar tajuk Geometri ini.

Belajar Sifar Bentuk 3D dengan Lagu Bongkah

LIRIK LAGU BONGKAH

 

Kamilah bongkah pelbagai rupa 
Ada yang bulat dan permukaan rata
Kubus, kuboid, Sfera, kon, piramid, silinder
Bersisi tegak melengkung pun ada.

     Bersisi empat sama kubus namanya
     Berbucu lapan duabelas sisinya
     Enam permukaan yang sama rata
     Buahlah dadu itulah contohnya.

Kuboidlah pula segiempat tepat
Ibarat kotak tiada bezanya
Bersifat sama kubus bersaudara
Cuma panjang sisi saja yang berbeza

     Beralih pula kepada sfera
     Tidak bersisi tiada bucunya
     Satu permukaan itulah sahaja
     Seperti bola bumilah contohnya

Piramid pula dua bentuknya
Tapak segiempat tepat dan juga sama
Berlima bucu juga permukaan
Kedua-duanya bersisi lapan

     Tin minuman boleh diibaratkan
     Dua sisinya tiga permukaan
     Silinder pula mengambil giliran
     Tidak berbucu dan bersempadan

Bongkah terakhir kon dikenali
Merata tempat aiskrim diisi
Satulah bucu dan satulah sisi
Dua permukaan boleh didapati

bottom of page